Sunday, February 22, 2009

The meaning of success...



salam

Post kali ni aku rase nak tulis dalam bahasa melayu, sebab aku rase engliah aku sangat teruk. Apapun macam yang tertulis dekat tajuk tu, apa yang aku rase tentang kejayaan ni. Idea ni lahir terus dari hati aku dan mungkin beberapa orang tidak akan setuju..hehe..

Apa yang aku rase tentang kejayaan. Macam biasa, naluri seorang manusia memang mencari-cari kepuasan dalam hidup. Ada yang rasa puas bila dapat duit banyak dan pangkat besar. Ada yang rasa puas bila dapat makan dengan sedap dan kenyang ataupun dapat bini yang sangat cun. Malah ade yang puas bila dia tengok kemusnahan, manusia mati dan sengsara dll. Bottom line, bergantung kepada apa matlamat yang seseorang letak dalam hidup diorang, kalau dapat dicapai, itulah kepuasan dalam hidup mereka.

Macam mana pulak dengan kita ni yang masih di peringkat 20-an. Mungkin ramai yang meletakkan matlamat2 yang tinggi. Sememangnya ramai di kalangan kita yang telah dididik and didedahkan dgn tarbiah di Mesir, mengidamkan utk menjadi bukan setakat doktor, tapi juga seorang daie. Melengkapkan diri dgn macam2 bekalan dgn al-quran, hadith, pepatah2 arab dsb. Orang kata, biar beza sikit graduan mesir nie dgn graduan dekat tempat2 lain. Maybe ade yang hanya nak focus jadi doktor biasa je atau develop skill2 laen mcm photography, photoshop, after effects and so on. Tapi dalam mengejar semua ni, kita kena ingat, jangan sampai yg dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.


Maka, semua ni mendatangkan satu persoalan, macamana kita nak maintain yang dikendong dalam masa yang sama mengejar yg dihadapan. Hmm..bagi saya jawapan mudah utk persoalan ni (i'm not a motivator or whatever equal to it), adalah meletakkn matlamat2 pendek yg sesuai dengan jangka masa atau time frame yg kita sedang berada. Sebagai contoh, mungkin kita banyak memikirkan mcamana nnt gaji doktor, naik or turun, nnt balik m'sia nak amek exam ke tak, kita graduan mesir kurg amali, dan macam2 'whining' yg lain. Tapi realitinya kita ni baru thn 2, thn 3 dsb. Peksa final year tak lepas lagi. So why not just focus on your studies and stop day dreaming about what's coming ahead. The time when you will face the future will come. Again, saya tak kata kita tak perlu fikir pasal masa depan, tapi yg lebih penting, work hard what's in your time frame.

Kalau kita peksa final, year, buat betul2 bagi dapat yg terbaik. Kalau tahun ni ada nak hafal 2 juzuk dalam K-Faz, habiskan. Kalau tahun ni rase nak buat Umrah, usahakan sampai jejak kat tanah haram. Dan byk lg contoh korang boleh fikir sendiri.

Balik kepada persoalan kejayaan tadi. Bagi saya, kejayaan ni sama ada betul2 kejayaan atas usaha, ataupun kejayaan yg dapat tu tak setimpal dengan usaha kita. Mungkin kita sangat bernasib baik and suka bila kita dapat kejayaan tu tak setimpal dengan usaha kita, tapi kita kena ingat, Allah sebenarnya nak uji kita, sejauh mana kita menjadi org bersyukur. Mereka yg mendapat kejayaan dengan usaha pun jgn lupa kejayaan tu juga dtg datang dari Allah.

Pendek kata jangan kita bangga sangat dengan achievement yg kita ada ataupun bangga sangat kejayaan org laen (jgn bakar2 le). Boleh kalau nak ambil iktibar atau mintak nasihat, malah sangat digalakkan, tapi tak perlu berlebih-lebih. Sebabnya boleh mekahirkan perasaan ujub dalam hati. Ujub ni satu penyakit hati yang sgt bahaya. Nak tau pasal ujub, tunggu post2 yg akan dtg. Setakat ni je kot, sila komen and kritik akalau tak puas hati, sekian :P. (jgn sangka aku marah2 ye, ba-ha-ha)

4 comments:

Yu said...

maap yer bakar2 kamu~

guild_hunterz said...

siap la sape bakar eckm pasnieh..
hahaha

c's said...

edit bhs sket n msk PO bes jgak~

xmo ke? bgi greenlite je, ill settle it down.. huhu..

eckm said...

huahaha, tu ah bakar2 agik..
tp aku ok je, tk hangus kot klo kne bakar..ermm
kpd C'S, edit ah sket2 and betolkan bhs..sampaikan dekat org